Wednesday, August 18, 2010

ramadhan

Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..


Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..




ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..


Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..


Ramadhan...

Wednesday, May 19, 2010

Erti Bersahabat






Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Monday, April 26, 2010

Bingkisan Doa....

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Monday, April 12, 2010

selamat menempuh peperiksaan...

salam wahai sahabat seperjuangan...

di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir sem. semoga apa yang kita pelajari sepanjang sem ini dapat kita guna kan ilmu tersebut untuk menjawab exam nnt.

saya tahu pasti semua berasa takut apabila exam da nak start... mcm tu juga ar ngan saya takut sangat persiapan pun blum 'mantap' ag.. huhuhu... masa tak menunggu kita, bahkan kita lah yang hendak menunggu masa tersebut. kita kena bijak mengatur masa kita kita, jika tidak kita akan rugi buat selama2xnya. Allah da berfirman dalam surah al-asr ayat 1-3, bahawa allah telah bersumpah ngan masa,  iaitu demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh..

semoga sahabat2x smue dapat melakukan yang terbaik untuk exam kali ini... saya akan doakan kejayaan sahabat2x skalian... sesungguhnya orang yang berusaha pasti akan menerima ganjaran nya "man jaddah wa jaddah" .....

Sunday, April 11, 2010

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!





Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

Friday, March 26, 2010

Pengalaman yang Terindah kat Pulau Langkawi.....


selamat datang ke langkawi.. hehehe.... akhir nya dapat jugak ku jejak kan kaki ke langkawi... huhuhu....


dapat pi tepi pantai.. huhuhu.... cantik pemandangan nya....


dapat pi MAKAN MAHSURI juga... huhuhu....

huhuhu... kat sini terdapat nya Cabel Car.. huhu.. best....

last skali sy pi dataran helang, dapat jugak bergambar ngan helang besar.. hehehe....

Wednesday, March 24, 2010

Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati





*Artikel asal oleh :Ustaz Zainudin Hashim

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
 (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
 (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
 (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Tuesday, March 23, 2010



program himpunan sekretariat rukun negara... huhu....

Wednesday, March 17, 2010

7 Cara Menangkis Virus Ukhwah


Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.
1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita [...]
Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.
1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS 49:6)
2. ‘Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan).” (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan ’sombong’ seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.
3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: ‘Dan janganlah kamu mencela diri sendiri’. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)
4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: “Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).” (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.
5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.” (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.
6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain.” (QS 49:12)
7. Allah swt menegaskan: “Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…” Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.
Wallaahu’alam

Tuesday, March 16, 2010

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).
Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).
Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih [...]
3310220248 a9467858db LEVEL OF LOVE BASED FROM AL QURAN

Menurut hadis Nabi: 
Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).
Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).
Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.
Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.
Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:
1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.
2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
akhlak LEVEL OF LOVE BASED FROM AL QURAN
4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.
5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).
6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin(Q/12:33)
7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduanini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).
8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Memandangkan persoalan cinta ini adalah persoalan yang begitu menarik untuk diperbahaskan dan diperkatakan di kalangan remaja Islam pada hari ini, maka iLuvislam juga ingin mengambil peluang ini untuk membicarakan soal cinta dan kasih sayang secara lebih panjang lebar. Walaupun artikel ini membicarakan persoalan cinta, ini bukanlah bermakna kami menggalakkan golongan remaja Islam di luar sana untuk terus. Pihak kami cuma berharap dengan tersiarnya artikel ini, ia akan memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai hakikat cinta agar remaja yang sedang hangat bercinta tidak mudah hanyut dengan arus pancaroba dunia.

PENGERTIAN CINTA

Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata: Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, cinta mempunyai beberapa erti yang praktikal di antaranya cinta itu beerti tanggungjawab, perbutan / tindakan, memberi dan lain-lain lagi. Jika kita menyatakan perasaan dan ungkapan cinta kepada seseorang, ini bermakna kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas orang yang kita tujukan ungkapan tersebut. Kita akan bertanggungjawab terhadap segala masalahnya yang dihadapinya termasuklah kewangan, pendidikan, kesihatan dan sebaginya lagi. Sebagai merialisasikan cinta itu, kita juga perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya tanpa kenal penat dan jemu. Kita sanggup memberikan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk orang yang kita cintai itu dengan bersungguh-sungguh.

Disebabkan itulah para suami / bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu dan menyelesaikan masalah isteri dan anak-anaknya kerana suami / bapa itu mencintai dan menyayangi mereka sepenuh hatinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang yang dia cintai dan sayangi. Begitulah hebatnya cinta yang ditunjukkan oleh suami / bapa sebagai memenuhi amanah daripada Allah Taala kepadanya.

FITRAH MANUSIA KEPADA CINTA DAN BERPASANGAN


Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
(Surah an-Najm: Ayat45).

Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, jiwa manusia ini sememangnya memerlukan cinta kerana cinta diibaratkan seperti makanan kepada jasad. Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain.

Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!


UNDANG-UNDANG CINTA


En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:
01. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

02. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.


Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

03. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.


Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.

PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR

Ramai di kalangan kawan-kawan saya di Universiti Al-Azhar, Mesir dahulu telah mendirikan rumahtangga / berkahwin bersama pasangan masing-masing semasa belajar. Keadaan ini sudah menjadi adat bagi kami di sana.

"Ustaz, tak teringin untuk mendirikan rumahtangga semasa masih belajar ke?" tanya beberapa orang ahli iLuvislam kepada saya melalui YM. Mungkin mereka mengetahui kebanyakkan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar berkahwin semasa belajar. Di sebabkan itulah mereka bertanyakan soalan seperti itu kepada saya.

Saya hanya tersenyum lantas menjawab ringkas, "tak sampai seru lagi".

Walaupun ada pihak yang begitu bersetuju dengan perkahwinan ketika belajar, namun bagi pendapat saya pula, buat waktu itu, cita-cita saya untuk menuntut ilmu lebih diutamakan berbanding perkahwinan. Selain itu juga, nafsu serta gelora syahwat masih boleh dibendung dan dikawal walaupun kebanyakan perempuan Mesir agak "hot" cara pemakaian mereka. Jadi, adalah lebih baik saya menggunakan waktu itu dengan sebaiknya memandangkan saya masih lagi tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap keluarga secara khusus. Maka waktu itulah masa yang terbaik untuk saya menuntut ilmu sebanyak mungkin di Bumi Anbiyak itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.
(Riwayat Hakim dan Baihaqi).

Selain itu, ada juga yang meminta sedikit nasihat dan pandangan saya mengenai perkara ini, "apakah pendapat ustaz mengenai perkahwinan awal sewaktu masih belajar?"

Saya menjawab, "ia bergantung kepada keadaan seseorang itu"

Saya menambah lagi "jika awak merasakan diri sudah wajib untuk berkahwin dan tiada pula halangan daripada keluarga, berkahwinlah"

Maksud saya ini ialah, jika kita merasakan diri sudah cukup bersedia dan amat dikuatiri diri akan terjatuh ke dalam lembah penzinaan (nafsu meronta-ronta) sekiranya tidak berkahwin, maka pada waktu itu wajiblah ke atasnya berkahwin. Selain itu, ibu bapa juga haruslah dibawa berbincang mengenai perkara ini. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak bersetuju dan mungkin ada juga sesetengah ibu bapa bersetuju. Ia haruslah diuruskan dengan sebaiknya agar kedua-dua belah pihak tidak bermasam muka.

Teringan saya kata-kata En. Pahrol Mohd Juoi, "cinta akan datang jika cita-cita diutamakan, namun jika cinta diutamakan belum tentu cita-cita akan datang."

PERIGI MENCARI TIMBA

Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan itu meminang seorang lelaki yang soleh.

Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara perkara utama yang dituntut oleh agama.

Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.

PENUTUP

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mengajak para remaja yang tidak bercinta untuk bercinta dan mencari pasangan. Namun utama artikel ini disediakan adalah untuk memberitahu dan mengingatkan para remaja yang sedang hangat bercinta sekarang ini agar sentiasa berjaga-jaga dengan fitnah dunia. Kerana cinta, para remaja sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara itu bersalahan dengan syarak.

Ungkapan hukamak ada mengatakan: Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan 
cinta kepada Allah Taala ertinya takwa

WANITA.........


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena  tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan  wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI  : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan
kita, semua sudah terlambat... .
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??